Faktor geografi dan jarak tidak lagi menjadi penghalang bagi peniaga memasuki perniagaan merentasi sempadan. Keadaan ini dibantu oleh hubungan politik yang baik antara Malaysia dan negara luar yang memberi peluang buat peniaga. Perkembangan teknologi maklumat pula memudahkan komunikasi antara pelanggan melalui laman web ke seluruh dunia. Ini secara tidak langsung dapat membantu peniaga membuat ramalan tentang tabiat pengguna seterusnya dapat menyediakan produk atau perkhidmatan terbaik mengikut kehendak, keperluan dan kuasa beli oleh pengguna.
Memegang kepada konsep pemasaran, McCarthy telah memperkenalkan strategi perniagaan yang terdiri daripada 4P iaitu Product, Price, Place and Promotion. Booms and Bitners pula membuat tambahan People, Process and Physical Evidence juga perlu sebagai pelengkap khususnya bagi perniagaan servis dan perkhidmatan sehingga ia menjadi strategi pemasaran 7P.
Pertama adalah penghasilan produk yang mempunyai nilai, fungsi, kualiti, bungkusan yang menarik dan jaminan jika terdapat masalah atau kerosakan. Jaminan secara atas talian serta kemudahan pemulangan barang samaada untuk pemulangan terus atau pembaikan akan dapat memberi pengalaman serta kepuasan kepada pelanggan ke atas servis selepas belian.
Keduanya adalah penetapan harga mengikut strategi yang dipilih agar tidak merugikan peniagan dan pengguna. Harga yang rendah tidak menjadi penentu untuk menarik minat pelanggan kerana pengguna pastinya akan membuat penilaian sebelum membuat belian. Ini berkait rapat dengan promosi yang dijalankan oleh peniaga dalam menarik minat pelanggannya. Laman web yang menarik, serta promosi yang berterusan di tambah dengan perubahan gelagat pelanggan yang cenderung melayari laman web berulang kali sehingga akhirnya membuat keputusan untuk membeli samaada kerana keperluan mahupun kerana tertarik dengan pengiklanan yang disiarkan. Keadaan ini tidak berlaku di kedai fizikal kerana pelanggan tidak dapat membuat lawatan berkali-kali ke kedai untuk membuat perbandingan harga.
Seterusnya peniaga perlu menentukan sasaran pelanggan berdasarkan kajian dalam mengenalpasti pelanggan, masalah pelanggan serta penyelesaian untuk pelanggan. Ini memudahkan peniaga untuk memfokuskan promosi dan penciptaan produk kepada sasaran pelanggannya samaada mengikut umur, jantina atau pekerjaan.
No comments:
Post a Comment