Monday, July 11, 2022

KEFUNGSIAN TRANSFORMASI PENDIGITALAN

Kehadiran wabak Covid-19 merupakan pencutus kepada perkembangan transformasi digital. Dalam aspek pendigitalan, pandemik tersebut secara tidak langsung mencabar pelbagai pihak seperti usahawan, warga pendidik dan sektor kerajaan supaya mempercepatkan transformasi digital untuk terus kekal bertahan dalam mengharungi krisis global tersebut. Sebelum wabak Covid-19 menyerang, kebanyakan aktiviti sektor perniagaan, pendidikan serta perkhidmatan awam berlangsung secara fizikal. Namun apabila Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) dilaksanakan pada Mac 2020, pergerakan fizikal telah dihadkan bagi membendung penularan wabak Covid-19. Maka bermulalah peralihan daripada aktiviti fizikal kepada dalam talian demi meneruskan kelangsungan ekonomi, sistem pembelajaran serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.


Bidang pendidikan juga tidak terkecuali terlibat dalam mengalami transformasi pendigitalan. Covid-19 telah merubah aktiviti pembelajaran yang sebelum ini menuntut kehadiran pelajar ke sekolah bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung, namun keadaan ini tidak lagi berlaku semasa PKP berkuatkuasa. Kaedah pembelajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) secara atas talian merupakan satu keperluan dan pelajar hanya perlu mengikuti kelas di alam maya secara video conference dengan menggunakan platform seperti, zoom, google meet, webex dan sebagainya. Manakala sesi pembelajaran secara luar talian iaitu pemberian bahan pengajaran juga turut diaplikasikan melalui google classroom, WhatsApp, Telegram dan email demi memastikan pelajar tidak ketinggalan meneruskan pembelajaran walaupun tidak boleh hadir ke sekolah.

 
 


Gaya hidup masyarakat Malaysia kini semakin berubah ke arah digital. Tren pembelian secara dalam talian juga pesat berkembang dan menyumbang kepada gaya hidup tanpa tunai. Pelanggan tidak lagi perlu membuat pembelian secara tunai di premis perniagaan fizikal kerana kini telah tersedia platform pembayaran secara dalama talian seperti Touch n Go e-wallet, GrabPay, Boost, sistem perbankan dalam talian dan sebagainya. Manakala transaksi pula boleh dibuat di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Proses ini dilihat lebih relevan kerana perniagaan tidak terikat dengan waktu operasi, lokasi fizikal premis, ketersediaan produk dan perkhidamatan serta tenaga kerja yang ramai.


Selain itu, sistem penyampaian kerajaan juga turut sama mengaplikasikan transformasi digital demi memastikan perkhidamatan yang ditawarkan dapat disampaikan kepada rakyat dengan sebaiknya. Sebagai contoh, Jabatan Pendaftaran Negara telah memperkenalkan sistem MyJanjiTemu untuk sebarang proses permohonanan. Pelanggan hanya perlu memilih tarikh dan masa untuk hadir ke premis jabatan. Melalui sistem ini, jumlah pelanggan pada satu-satu masa akan dapat dikawal dan mengelakkan kesesakan. Sistem ini menjadikan perkhidamatan kaunter lebih efisyen dan memberi kepuasan kepada rakyat sekaligus misi dan visi jabatan juga akan dapat dicapai.    



No comments:

Post a Comment