Era digital kini merupakan era yang sudah tidak dapat dielakkan lagi. Proses pendigitalan yang berlaku seiring dengan teknologi komunikasi menjadi keperluan pada masa kini. Penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan seluruh negara di dunia bergelut untuk meminimumkan kesan yang dihidapi serta menjadi sinonim dengan era digital yang bertunjangkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi sekaligus menyebabkan kemahiran tersebut menjadi semakin penting. Namun disebalik kecanggihan transformasi ini terdapat juga kebaikan dan keburukan samada yang memberi manfaat atau memudaratkan banyak pihak. Antara kebaikan dan keburukan transformasi digital adalah seperti berikut:
Kebaikan Transformasi Pendigitalan
a. Meningkatkan
Pengurusan Sumber
Sebelum
adanya transformasi pendigital, kebanyakan dokumen adalah secara fizikal.
Sistem fail adalah sangat penting untuk memastikan segala dokumen disimpan
dengan teratur untuk rujukan pada masa akan datang. Namun terdapat juga
maklumat disimpan dalam desktop tetapi tidak secara menyeluruh. Kebiasaannya satu
program adalah untuk suatu pasukan manakala program yang lain adalah untuk
pasukan yang lain. Dengan adanya transformasi pendigital seperti pengkomputeran
dan penyimpanan awam, kaedah ini dapat menyatukan pasukan serta dapat
mewujudkan satu hab dalam talian yang berpusat. Malahan dokumen, gambar, video
yang berdurasi panjang dapat disimpan dengan selamat secara dalam talian dan
menjadikannya mudah untuk diakses daripada PC, komputer riba mahupun mana-mana
peranti mudah alih walau di mana jua berada.
b. Proses
lebih efisyen dan cekap
Proses digital adalah lebih pantas dan efisyen berbanding daripada proses analog. Masa, sumber tenaga mahupun kos dapat dijimatkan dan seterusnya menyumbang kepada proses yang lebih efisyen dan cekap. Antara contoh yang boleh dikaitkan adalah pengurusan kontrak. Kebiasaannya, sesuaty kontrak memerlukn masa dalam bebrapa hari kadangkala menjaukan minggu untuk dimuktamadkan. Melalui pendigitalan, tandatangan elektronik dapat digunakan dan tidak lagi timbul kerisauan untuk mencetak serta menghantar kontrak melalui kiriman surat. Penerima hanya perlu menandatangani dokumen digital melalui email sebaik sahaja dokumen tersebut asuk ke ‘inbox’ penerima. Walaupun menggunakan salinan cetak, pengguna masih boleh menjadikan ianya lebih berkesan dengan pengimbas dokumen dropbox. Dengan hanya enggunakan kemera telefon serta mengubah dokumen menjadi fail digital, sebarang dokumen telah tersedia untuk dihantar melalui email, dikongsi atau disimpan dengan selamat di akaun Dropbox.
Keburukan
Transformasi Pendigitalan
a. Perbelanjaan
yang tinggi
Walaupun
perubahan teknologi digital ini menguntungkan dan menghasilkan penjimatan
tetapi tidak semua pihak mampu mengeluarkan modal pendahuluan yang banyak
terutamanya pemilik perniagaan kecil. Pemilik perniagaan kecil tidak mempunyai
sumber atau dana untuk membeli sistem komputer terbaharu atau mesin terkini
bagi mengikuti perubahan teknologi digital tersebut. Oleh yang demikian, hal
ini telah menjadi halangan buat mereka bagi merealisasikan transformasi digital
lantas mengekalkan mereka dalam sistem manual dan teknologi tempat kerja yang
lapuk dan kesukaran mengurus data.
b. Ancaman
kepada jenayah siber
Pada
era globalisasi ini, kecanggihan teknologi sering disalahgunakan oleh
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan kesalahan jenayah bagi
mengambil keuntungan dengan cara mudah. Teknologi ini juga telah memberi jalan mudah
kepada penjenayah siber untuk terus berleluasa dengan melakukan penyebaran
virus, penggodaman, penipuan, kecurian maklumat, pengubahsuaian ke atas program
dan sebagainya. Penggunaan digital seperti media sosial yang lebih tinggi
ketika pelaksanaan bekerja di rumah dilihat menjadi antara punca berlakaunya
peningkatan kes jenayah siber di Malaysia sejak kebelakangan ini. Tahap
kemajuan jenayah siber kini telah memasuki fasa ‘jenayah siber pintar’ di mana
sindikit menggunakan data pengguna untuk memanipulasi mangsa. Syarikat
Keselamatan Siber Malaysia telah mendedahkan sebanyak 838 kejadian siber
dilaporkan bermula 18 Mac hingga 7 April iaitu semasa Perintah Kawalan
Pergerakan dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment