Wednesday, July 13, 2022

CABARAN DALAM TRANSFORMASI PENDIGITALAN

Dalam mendepani senario dan cabaran semasa yang bergerak pantas serta dinamik, pendigitalan perkhidmatan merupakan agenda utama kerajaan dan swasta bagi mewujudkan akses lebih pantas kepada perkhidmatan yang disediakan. Namun dalam usaha untuk pelaksaan transformasi pendigitalan ini, terdapat pelbagai cabaran yang harus diharungi oleh sektor kerajaan mahupun swasta. Antara cabaran tersebut adalah seperti berikut:

Sektor Kerajaan

1. Penguasaan tahap literasi digital oleh rakyat



Pelaksanaan transformasi pendigitalan tidak hanya bergantung kepada keinginan negara atau kerajaan semata-mata keran aspek pendedahan kepada rakyat juga perlu dipertimbangkan. Dalam merealisasikan negara ke arah transformasi digital, rakyat perlu mempunyai literasi digital yang baik bagi memastikan rancangan pihak kerajaan sejajar dengan perkembangan rakyat. Menurut UNESCO (2018), literasi digital adalah bermaksud kemampuan untuk mengakses, mengurus, memahami dan sebagainya perkara-perkara berasaskan informasi dan teknologi digital. Literasi digital ini adalah penting bagi proses transformasi digital kerana hal ini adalah asas kepada perkembangan transformasi pendigitalan yang baik kepada sesebuah negara. Taraf literasi yang rendah menyebabkan kesukaran pengguna domestik untuk menyesuaikan diri dengan transformasi pendigitalan yang akhirnya akan menyebabkan transformasi pendigitalan negara menjadi terbantut.

2. Keselamatan Siber



Antara aspek yang sering menjadi cabar kepada transformasi pendigitalan ialah keselamatan siber. Keselamatan siber ialah terma yang diguna pakai bagi menerangkan perihal keselamatan persekitaran yang selamat dalam penggunaan peranti, medium atau hal-hal yangberkaitan dengan teknologi maklumat. Memandangkan transformasi pendigitalan berasaskan sistem ragkaian global tanpa sempadan, hal ini memungkinkan penyerang siber dari serata dunia menceroboh dan menyerang negara yang mempunyai tahap keselamatan siber yang rendah. Jika aspek keselamatan siber tidak diurus dengan sebaiknya, akan wujud risiko yang tinggi kepada negara untuk menerima serangan siber yang mampu merosakkan kepentingan nasional sesebuah negara.


Sektor Swasta

1. Kekurangan modal 


Pandemik Covid-19 yang melanda negara telah menyebabkan banyak syarikat mula menyedari kepentingan transformasi digital dalam perniagann. Walaupun perubahan teknologi ini bakal menguntugkan serta menghasilkan penjimatan, tetapi tidak semua pihak mampu untuk memperuntukkan modal permulaan yang tinggi. Bagi perniagaan yang berstatus kecil, modal adalah terhad dan hanya digunakan untuk keperluan yang penting dan mendesak sahaja. Pengusaha perniagaan kecil tidak mempunyai sumber atau dana untuk membeli sistem komputer terbaharu mahupun peralatan mesin terkini dalam mengikuti perubahan teknologi digital tersebut. Oleh yang demikian, hal ini menjadi halangan dalam merealisasikan transformasi pendigitalan serta mengekalkan mereka dalam sistem manual dan teknologi yang ketinggalan zaman. 

2. Peningkatan jumlah pesaing


Kecanggihan teknologi pada masa kini mampu mengintegrasikan perniagaan agar tidak terikat dengan masa yang terhad. Memandangkan perniagaan kini boleh bermula tanpa premis fizikal, maka banyak perniagaan telah wujud sekaligus meningkatkan jumlah persaingan. Terdapat juga usahawan yang mengambil peluang dengan menjalin kerjasama dengan pelbagai perniagaan lain dari seluruh dunia. 

Sehubungan itu, banyak perniagaan saling bersaing untuk kekal bertahan di pasaran. Usahawan perlu mempunyai idea kreatif dan lebih berinovatif dalam memperkenalkan serta memasarkan produk mahupun perkhidmatan mereka. Dengan menggunakan kecanggihan perkhidmatan transformasi pendigitalan, usahawan dapat menangani pesaing dalam pasaran sekaligus memudahkan proses menarik minat pelanggan demi menjana pendapatan yang berterusan.

No comments:

Post a Comment