Wednesday, July 13, 2022

CABARAN DALAM TRANSFORMASI PENDIGITALAN

Dalam mendepani senario dan cabaran semasa yang bergerak pantas serta dinamik, pendigitalan perkhidmatan merupakan agenda utama kerajaan dan swasta bagi mewujudkan akses lebih pantas kepada perkhidmatan yang disediakan. Namun dalam usaha untuk pelaksaan transformasi pendigitalan ini, terdapat pelbagai cabaran yang harus diharungi oleh sektor kerajaan mahupun swasta. Antara cabaran tersebut adalah seperti berikut:

Sektor Kerajaan

1. Penguasaan tahap literasi digital oleh rakyat



Pelaksanaan transformasi pendigitalan tidak hanya bergantung kepada keinginan negara atau kerajaan semata-mata keran aspek pendedahan kepada rakyat juga perlu dipertimbangkan. Dalam merealisasikan negara ke arah transformasi digital, rakyat perlu mempunyai literasi digital yang baik bagi memastikan rancangan pihak kerajaan sejajar dengan perkembangan rakyat. Menurut UNESCO (2018), literasi digital adalah bermaksud kemampuan untuk mengakses, mengurus, memahami dan sebagainya perkara-perkara berasaskan informasi dan teknologi digital. Literasi digital ini adalah penting bagi proses transformasi digital kerana hal ini adalah asas kepada perkembangan transformasi pendigitalan yang baik kepada sesebuah negara. Taraf literasi yang rendah menyebabkan kesukaran pengguna domestik untuk menyesuaikan diri dengan transformasi pendigitalan yang akhirnya akan menyebabkan transformasi pendigitalan negara menjadi terbantut.

2. Keselamatan Siber



Antara aspek yang sering menjadi cabar kepada transformasi pendigitalan ialah keselamatan siber. Keselamatan siber ialah terma yang diguna pakai bagi menerangkan perihal keselamatan persekitaran yang selamat dalam penggunaan peranti, medium atau hal-hal yangberkaitan dengan teknologi maklumat. Memandangkan transformasi pendigitalan berasaskan sistem ragkaian global tanpa sempadan, hal ini memungkinkan penyerang siber dari serata dunia menceroboh dan menyerang negara yang mempunyai tahap keselamatan siber yang rendah. Jika aspek keselamatan siber tidak diurus dengan sebaiknya, akan wujud risiko yang tinggi kepada negara untuk menerima serangan siber yang mampu merosakkan kepentingan nasional sesebuah negara.


Sektor Swasta

1. Kekurangan modal 


Pandemik Covid-19 yang melanda negara telah menyebabkan banyak syarikat mula menyedari kepentingan transformasi digital dalam perniagann. Walaupun perubahan teknologi ini bakal menguntugkan serta menghasilkan penjimatan, tetapi tidak semua pihak mampu untuk memperuntukkan modal permulaan yang tinggi. Bagi perniagaan yang berstatus kecil, modal adalah terhad dan hanya digunakan untuk keperluan yang penting dan mendesak sahaja. Pengusaha perniagaan kecil tidak mempunyai sumber atau dana untuk membeli sistem komputer terbaharu mahupun peralatan mesin terkini dalam mengikuti perubahan teknologi digital tersebut. Oleh yang demikian, hal ini menjadi halangan dalam merealisasikan transformasi pendigitalan serta mengekalkan mereka dalam sistem manual dan teknologi yang ketinggalan zaman. 

2. Peningkatan jumlah pesaing


Kecanggihan teknologi pada masa kini mampu mengintegrasikan perniagaan agar tidak terikat dengan masa yang terhad. Memandangkan perniagaan kini boleh bermula tanpa premis fizikal, maka banyak perniagaan telah wujud sekaligus meningkatkan jumlah persaingan. Terdapat juga usahawan yang mengambil peluang dengan menjalin kerjasama dengan pelbagai perniagaan lain dari seluruh dunia. 

Sehubungan itu, banyak perniagaan saling bersaing untuk kekal bertahan di pasaran. Usahawan perlu mempunyai idea kreatif dan lebih berinovatif dalam memperkenalkan serta memasarkan produk mahupun perkhidmatan mereka. Dengan menggunakan kecanggihan perkhidmatan transformasi pendigitalan, usahawan dapat menangani pesaing dalam pasaran sekaligus memudahkan proses menarik minat pelanggan demi menjana pendapatan yang berterusan.

Tuesday, July 12, 2022

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TRANSFORMASI PENDIGITALAN

Era digital kini merupakan era yang sudah tidak dapat dielakkan lagi. Proses pendigitalan yang berlaku seiring dengan teknologi komunikasi menjadi keperluan pada masa kini. Penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan seluruh negara di dunia bergelut untuk meminimumkan kesan yang dihidapi serta menjadi sinonim dengan era digital yang bertunjangkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi sekaligus menyebabkan kemahiran tersebut menjadi semakin penting.  Namun disebalik kecanggihan transformasi ini terdapat juga kebaikan dan keburukan samada yang memberi manfaat atau memudaratkan banyak pihak. Antara kebaikan dan keburukan transformasi digital adalah seperti berikut:

Kebaikan Transformasi Pendigitalan

a.     Meningkatkan Pengurusan Sumber

Sebelum adanya transformasi pendigital, kebanyakan dokumen adalah secara fizikal. Sistem fail adalah sangat penting untuk memastikan segala dokumen disimpan dengan teratur untuk rujukan pada masa akan datang. Namun terdapat juga maklumat disimpan dalam desktop tetapi tidak secara menyeluruh. Kebiasaannya satu program adalah untuk suatu pasukan manakala program yang lain adalah untuk pasukan yang lain. Dengan adanya transformasi pendigital seperti pengkomputeran dan penyimpanan awam, kaedah ini dapat menyatukan pasukan serta dapat mewujudkan satu hab dalam talian yang berpusat. Malahan dokumen, gambar, video yang berdurasi panjang dapat disimpan dengan selamat secara dalam talian dan menjadikannya mudah untuk diakses daripada PC, komputer riba mahupun mana-mana peranti mudah alih walau di mana jua berada.


b.     Proses lebih efisyen dan cekap

Proses digital adalah lebih pantas dan efisyen berbanding daripada proses analog. Masa, sumber tenaga mahupun kos dapat dijimatkan dan seterusnya menyumbang kepada proses yang lebih efisyen dan cekap. Antara contoh yang boleh dikaitkan adalah pengurusan kontrak. Kebiasaannya, sesuaty kontrak memerlukn masa dalam bebrapa hari kadangkala menjaukan minggu untuk dimuktamadkan. Melalui pendigitalan, tandatangan elektronik dapat digunakan dan tidak lagi timbul kerisauan untuk mencetak serta menghantar kontrak melalui kiriman surat. Penerima hanya perlu menandatangani dokumen digital melalui email sebaik sahaja dokumen tersebut asuk ke ‘inbox’ penerima. Walaupun menggunakan salinan cetak, pengguna masih boleh menjadikan ianya lebih berkesan dengan pengimbas dokumen dropbox. Dengan hanya enggunakan kemera telefon serta mengubah dokumen menjadi fail digital, sebarang dokumen telah tersedia untuk dihantar melalui email, dikongsi atau disimpan dengan selamat di akaun Dropbox.

Keburukan Transformasi Pendigitalan

a.       Perbelanjaan yang tinggi

Walaupun perubahan teknologi digital ini menguntungkan dan menghasilkan penjimatan tetapi tidak semua pihak mampu mengeluarkan modal pendahuluan yang banyak terutamanya pemilik perniagaan kecil. Pemilik perniagaan kecil tidak mempunyai sumber atau dana untuk membeli sistem komputer terbaharu atau mesin terkini bagi mengikuti perubahan teknologi digital tersebut. Oleh yang demikian, hal ini telah menjadi halangan buat mereka bagi merealisasikan transformasi digital lantas mengekalkan mereka dalam sistem manual dan teknologi tempat kerja yang lapuk dan kesukaran mengurus data.

b.     Ancaman kepada jenayah siber

Pada era globalisasi ini, kecanggihan teknologi sering disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan kesalahan jenayah bagi mengambil keuntungan dengan cara mudah. Teknologi ini juga telah memberi jalan mudah kepada penjenayah siber untuk terus berleluasa dengan melakukan penyebaran virus, penggodaman, penipuan, kecurian maklumat, pengubahsuaian ke atas program dan sebagainya. Penggunaan digital seperti media sosial yang lebih tinggi ketika pelaksanaan bekerja di rumah dilihat menjadi antara punca berlakaunya peningkatan kes jenayah siber di Malaysia sejak kebelakangan ini. Tahap kemajuan jenayah siber kini telah memasuki fasa ‘jenayah siber pintar’ di mana sindikit menggunakan data pengguna untuk memanipulasi mangsa. Syarikat Keselamatan Siber Malaysia telah mendedahkan sebanyak 838 kejadian siber dilaporkan bermula 18 Mac hingga 7 April iaitu semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. 


Monday, July 11, 2022

KEFUNGSIAN TRANSFORMASI PENDIGITALAN

Kehadiran wabak Covid-19 merupakan pencutus kepada perkembangan transformasi digital. Dalam aspek pendigitalan, pandemik tersebut secara tidak langsung mencabar pelbagai pihak seperti usahawan, warga pendidik dan sektor kerajaan supaya mempercepatkan transformasi digital untuk terus kekal bertahan dalam mengharungi krisis global tersebut. Sebelum wabak Covid-19 menyerang, kebanyakan aktiviti sektor perniagaan, pendidikan serta perkhidmatan awam berlangsung secara fizikal. Namun apabila Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) dilaksanakan pada Mac 2020, pergerakan fizikal telah dihadkan bagi membendung penularan wabak Covid-19. Maka bermulalah peralihan daripada aktiviti fizikal kepada dalam talian demi meneruskan kelangsungan ekonomi, sistem pembelajaran serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.


Bidang pendidikan juga tidak terkecuali terlibat dalam mengalami transformasi pendigitalan. Covid-19 telah merubah aktiviti pembelajaran yang sebelum ini menuntut kehadiran pelajar ke sekolah bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung, namun keadaan ini tidak lagi berlaku semasa PKP berkuatkuasa. Kaedah pembelajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) secara atas talian merupakan satu keperluan dan pelajar hanya perlu mengikuti kelas di alam maya secara video conference dengan menggunakan platform seperti, zoom, google meet, webex dan sebagainya. Manakala sesi pembelajaran secara luar talian iaitu pemberian bahan pengajaran juga turut diaplikasikan melalui google classroom, WhatsApp, Telegram dan email demi memastikan pelajar tidak ketinggalan meneruskan pembelajaran walaupun tidak boleh hadir ke sekolah.

 
 


Gaya hidup masyarakat Malaysia kini semakin berubah ke arah digital. Tren pembelian secara dalam talian juga pesat berkembang dan menyumbang kepada gaya hidup tanpa tunai. Pelanggan tidak lagi perlu membuat pembelian secara tunai di premis perniagaan fizikal kerana kini telah tersedia platform pembayaran secara dalama talian seperti Touch n Go e-wallet, GrabPay, Boost, sistem perbankan dalam talian dan sebagainya. Manakala transaksi pula boleh dibuat di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Proses ini dilihat lebih relevan kerana perniagaan tidak terikat dengan waktu operasi, lokasi fizikal premis, ketersediaan produk dan perkhidamatan serta tenaga kerja yang ramai.


Selain itu, sistem penyampaian kerajaan juga turut sama mengaplikasikan transformasi digital demi memastikan perkhidamatan yang ditawarkan dapat disampaikan kepada rakyat dengan sebaiknya. Sebagai contoh, Jabatan Pendaftaran Negara telah memperkenalkan sistem MyJanjiTemu untuk sebarang proses permohonanan. Pelanggan hanya perlu memilih tarikh dan masa untuk hadir ke premis jabatan. Melalui sistem ini, jumlah pelanggan pada satu-satu masa akan dapat dikawal dan mengelakkan kesesakan. Sistem ini menjadikan perkhidamatan kaunter lebih efisyen dan memberi kepuasan kepada rakyat sekaligus misi dan visi jabatan juga akan dapat dicapai.    



Wednesday, July 6, 2022

TRANSFORMASI PENDIGITALAN PEMASARAN


Dalam era yang serba moden ini, bidang pemasaran tidak terkecuali dalam melalui proses transformasi pendigitalan. Transformasi digital dalam pemasaran adalah menggunapakai semua aktiviti pemasaran secara digital menggunakan pelayan internet. Terdapat pelbagai pemasaran digital seperti iklan, media sosial, blog, enjin pencarian dan sebagainya yang dapat menghubungkan pengguna dan peniaga.

Statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati penggunaan internet seisi rumah semakin meningkat dari 91.7 peratus pada tahun 2020 kepada 95.5 peratus pada 2021. Manakala peratusan bagi temujanji perubatan yang dibuat melalui atas talian juga meningkat pada tahun 2021 dengan 10.7 peratus kepada 43.5 peratus pada 2021.  Pada tahun 2021 lebih separuh iaitu 70.5 peratus rakyat Malaysia menggunakan perbankan internet berbanding pada 2020 yang hanya 61.9 peratus. Seterusnya pembelian produk atau perkhidmatan melalui edagang seperti Shopee dan Lazada juga menunjukkan peningkatan dari 45 peratus kepada 64.7 peratus.


Covid-19 telah mengubah banyak tabiat manusia ke arah pendigitalan. Keadaan ini memberikan banyak manfaat kepada peniaga. Usah lagi mengharap buah yang tidak akan jatuh kerana peniaga seharusnya terus positif dan memikirkan strategi baru dalam mendepani cabaran perniagaan atas talian. Walaupun ramai peniaga yang terkesan, mereka dilihat tidak putus asa dan bangkit dengan pantas seperti peniaga nasi lemak di gerai-gerai yang selama ini menanti pelanggan membuat belian terus dari gerai mereka, kini semakin maju mengikut arus kemodenan dengan membuat pesanan, pembayaran dan penghantaran secara atas talian. Malah bagi memulakan perniagaan, kini peniagan tidak lagi memerlukan ruang atau kedai fizikal, tidak perlu menyewa, kerana perniagaan dan promosi dapat dijalankan secara digital dengan menggunapakai pemasaran media sosial, laman web dan sebagainya. Malah bekalan juga mampu diperolehi secara atas talian terus dari pembekal. Secara keseluruhannya segalanya mampu dilakukan dihujung jari.


Faktor geografi dan jarak tidak lagi menjadi penghalang bagi peniaga memasuki perniagaan merentasi sempadan. Keadaan ini dibantu oleh hubungan politik yang baik antara Malaysia dan negara luar yang memberi peluang buat peniaga.  Perkembangan teknologi maklumat pula memudahkan komunikasi antara pelanggan melalui laman web ke seluruh dunia. Ini secara tidak langsung dapat membantu peniaga membuat ramalan tentang tabiat pengguna seterusnya dapat menyediakan produk atau perkhidmatan terbaik mengikut kehendak, keperluan dan kuasa beli oleh pengguna.


Memegang kepada konsep pemasaran, McCarthy telah memperkenalkan strategi perniagaan yang terdiri daripada 4P iaitu Product, Price, Place and Promotion.  Booms and Bitners pula membuat tambahan People, Process and Physical Evidence juga perlu sebagai pelengkap khususnya bagi perniagaan servis dan perkhidmatan sehingga ia menjadi strategi pemasaran 7P.

Pertama adalah penghasilan produk yang mempunyai nilai, fungsi, kualiti, bungkusan yang menarik dan jaminan jika terdapat masalah atau kerosakan. Jaminan secara atas talian serta kemudahan pemulangan barang samaada untuk pemulangan terus atau pembaikan akan dapat memberi pengalaman serta kepuasan kepada pelanggan ke atas servis selepas belian.

Keduanya adalah penetapan harga mengikut strategi yang dipilih agar tidak merugikan peniagan dan pengguna. Harga yang rendah tidak menjadi penentu untuk menarik minat pelanggan kerana pengguna pastinya akan membuat penilaian sebelum membuat belian. Ini berkait rapat dengan promosi yang dijalankan oleh peniaga dalam menarik minat pelanggannya. Laman web yang menarik, serta promosi yang berterusan di tambah dengan perubahan gelagat pelanggan yang cenderung melayari laman web berulang kali sehingga akhirnya membuat keputusan untuk membeli samaada kerana keperluan mahupun kerana tertarik dengan pengiklanan yang disiarkan. Keadaan ini tidak berlaku di kedai fizikal kerana pelanggan tidak dapat membuat lawatan berkali-kali ke kedai untuk membuat perbandingan harga.

Seterusnya peniaga perlu menentukan sasaran pelanggan berdasarkan kajian dalam mengenalpasti pelanggan, masalah pelanggan serta penyelesaian untuk pelanggan. Ini memudahkan peniaga untuk memfokuskan promosi dan penciptaan produk kepada sasaran pelanggannya samaada mengikut umur, jantina atau pekerjaan. 





Monday, July 4, 2022

TRANSFORMASI DIGITAL

Transformasi digital adalah penanda aras pemikiran semula tentang cara organisasi menggunakan teknologi, manusia dan proses dalam mencapai suatu model perniagaan baharu dan aliran hasil baharu, ia didorong oleh perubahan dalam jangkaan pelanggan di sekitar produk dan perkhidmatan.

Bagi kebanyakan perusahaan yang membina perkhidmatan secara tradisional, ini bermakna membina produk digital, seperti aplikasi mudah alih atau platform e-dagang dewasa ini bagi untuk terus kekal relevan di pasaran mahupun perkhidmatan. Untuk berbuat demikian, mereka mesti beroperasi mengikut irama syarikat perisian, yang kebanyakannya beroperasi pada model berasaskan produk



Walaupun transformasi digital akan berbeza secara meluas berdasarkan cabaran dan tuntutan khusus organisasi, terdapat beberapa pemalar dan tema biasa antara kajian kes sedia ada dan rangka kerja yang diterbitkan yang semua pemimpin perniagaan dan teknologi harus pertimbangkan semasa mereka memulakan transformasi digital.Berikut adalah elemen-elemen dalam tranformasi digital:-
  • Pengalaman pelanggan
  • Ketangkasan operasi
  • Budaya dan kepimpinan
  • Pengupayaan tenaga kerja
  • Penyepaduan teknologi digital

Sunday, July 3, 2022

TENTANG KAMI

Kami, KUMPULAN MAGNA VICTORIA terdiri daripada Yusniza binti Yusoff, Idayu binti Mohd Yasin, Nor Nadia binti Abu Zarin, Mohd Khazrul Shalimi bin Azmi dan Muhammad Hilmi bin Abd Halim merupakan pelajar bagi Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), Pusat Pendidikan Profesional Dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia. Kami mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Dan Perniagaan Dengan Kepujian dan pusat pengajian adalah di Kuala Lumpur.

Laman blogger yang kami bangunkan ini adalah untuk memenuhi tugasan ketiga (3) bagi kursus STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan. Perihal blog ini adalah berkaiatan TRANSFORMASI PENDIGITALAN.


Nama: Yusniza binti Yusoff 
No. Matriks: 289231
Program: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian
Pekerjaan: Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Kementerian Dalam Negeri

 
Nama: Idayu Bt Mohd Yasin
No Matriks: 289049
Program : Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian
Pekerjaan: Penolong Penguasa Kastam, Jabatan Jastan Diraja Malaysia

Nama: Nor Nadia Binti Abu Zarin
No. Matriks: 289379
Program : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian
Pekerjaan: Pembantu Tadbir, Majlis Bandaraya Petaling Jaya 

Nama: Mohd KhazrulShalimi Bin Azmi
 No. Matriks: 289101
Program: Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian
Pekerjaan : Juruteknik Kanan, Tenaga Nasional Berhad

Nama: Muhammad Hilmi Bin Abd Halim
No. Matriks: 289135
Kursus: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian
Pekerjaan: Lans Koperal , Polis Diraja Malaysia

HUBUNGI KAMI

Untuk sebarang pertanyaan dan cadangan boleh menghubungi: 

Yusniza binti Yusoff 

018-8728628

nizuseoff@gmail.com

Saturday, July 2, 2022

VIDEO PERBINCANGAN BERKAITAN PEMBINAAN BLOG

 



Sebelum memutuskan untuk membangunkan blog ini, kami terlebih dahulu mengadakan perbincangan yang merangkumi pembahagian tugas serta penerangan pengendalian blog.

Perbincangan ini diadakan pada 2 Julai 2022 (Sabtu) bersama semua ahli kumpulan menerusi aplikasi Google Meet. 

Perbincangan ini adalah berkisar mengenai pemilihan layout, background, theme dan nama blog yang sesuai. Selain itu, perbincangan mengenai susunan dan post yang perlu dimasukkan di dalam blog. 


PAUTAN BERKAITAN BLOG & WEBSITE





PAUTAN SUMBER MAKLUMAT TRANSFORMASI PENDIGITALAN